Tuesday, June 02, 2009

Malas



Malas merupakan satu penyakit yang hingga kini masih tiada ubatnya...

Ia menimpa semua orang...tidak kira muda..tua..remaja...kanak-kanak...

Malas ada bermacam ragam...malas belajar..malas kerja...malas makan...

serta seribu macam malas....!!!

Malas ada risiko dan akibatnya....tapi jangan sesekali kita malas beribadat..

ishhhh...minta-minta dijauhkan...

Malas kerana yang lain-lain tak kisah lagi..tapi jangan beribadat..............

Sanggup ke anda berhadapan dengan hukuman tuhan..................?????

Lihat saja kalau anak kita tidak ke kelas tambahan atau tuisyen,

bukan main marah kita maki dan kadang-kadang pukul mereka.

Berbanding keadaan kalau anak kita tidak menunaikan solat.......puasa atau

anak gadis tidak menutup aurat, tidak kita dengar suara menyuruh atau berleter. 

Kadang-kadang yang kita temui apabila emak atau ayah menyuruh adalah yang tolong bela.

“Kasihan budak tu...biarlah dia tidur, di asrama tak cukup tidur...,”

bela emak pada anaknya yang balik bercuti.

Kita memberi perhatian kepada pelajaran yang akan memberi skor ‘A’ dalam peperiksaan,

tetapi bagi pelajaran fardu ain, kita buat tidak endah saja.

Sebenarnya ini penyuburan nilai tidak prihatin kita yang ditanamkan

terhadap anak tanpa kita sedari........................

Kita lebih khuatir masa depan dunia anak kita daripada masa depan agama mereka.

Dunia memang penting.

Islam tidak pernah menolak dunia yang sehingga al-Quran mewasiatkan dalam firman Allah

yang bermaksud:

“Carilah apa yang dikurniakan Allah terhadap perkara akhiratmu dan janganlah kamu lupa

urusan dunia kamu...”

Jangan lupa dunia antara mesejnya, tetapi jangan pula leka mencari dunia

sehingga lupakan akhirat, kadang-kadang bukan saja lupa akhirat,

malah Allah sebagai Tuhan yang disembah pun dilupakan juga.

Memang patut kita risau kalau anak kita tidak berjaya di dunia,

tetapi lebih patut lagi kita risau kalau anak ke neraka

gara-gara gagal beribadat ketika di dunia.

Pesan dan motivasi anak supaya bersungguh-sungguh belajar,

tetapi jangan lupa hendak berpesan kepada mereka supaya tidak mengabaikan ibadat

terutama solat sebagai tiang agama.

Nabi Yaakub berpesan kepada semua anaknya sebelum wafat........................

“...apakah yang kamu sembah selepas kematianku...”

Bagi yang lalai dan terlalu leka dengan dunia mungkin pesanannya sebelum mati,

“...anak-anakku apa yang akan kamu makan selepas kematianku...”

Jadi...fikirlah...sebelum terlambat................................

No comments:

Post a Comment